“Peranan DVS adalah lebih kepada sekuriti makanan. Sebelum ternakan hidup dibawa masuk ke dalam negara, kita akan menganalisis untuk melihat risiko barangan yang diimport dari segi penyakit yang boleh memberi kesan kepada ternakan tempatan dan boleh mempengaruhi kesihatan manusia.”
“75% penyakit yang dihadapi oleh manusia adalah datangnya daripada haiwan, termasuk haiwan ternakan.”
“Barisan pertahanan kita adalah pada sebelum ternakan masuk ke dalam negara. Di sini, peranan DVS adalah untuk menjaga keselamatan negara dari segi makanan dan ternakan import kita sendiri.”