IKK

Gambaran Keseluruhan Skor Keselamatan Negara

Apa itu IKK?

Seiring dengan agenda negara dalam memastikan ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’, Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 telah menggariskan pembangunan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) sebagai suatu mekanisme bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan DKN yang melibatkan pengurusan keselamatan negara secara menyeluruh yang merentas pelbagai sektor.

Pembangunan IKK ini juga berupaya menjadi salah satu mekanisme penting yang bakal menjadi sistem amaran (alert system) kepada semua pihak (jentera kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhan) untuk bersama-sama membantu ke arah menambahbaik keselamatan negara dari semasa ke semasa. Indikator bagi pengukuran IKK yang bakal dibangunkan juga akan dapat membantu negara dalam menilai keselamatan kebangsaan dengan adil, telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

1. Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah

Kedaulatan negara dan keutuhan wilayah merupakan teras kepada kestabilan dan keselamatan sesebuah negara.

2. Kestabilan Sosiopolitik

Kestabilan sosiopolitik adalah penting dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

3. Kesepaduan Nasional

Kesepaduan nasional merupakan teras kekuatan dan keselamatan negara. Kesepaduan negara akan terhasil melalui ikatan perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

4. Tadbir Urus Yang Baik

Tadbir urus yang baik akan membolehkan sesebuah negara tersebut dapat melaksanakan dasar-dasar yang digubal, mengurus sumber-sumber negara dengan cekap dan berkesan, mendapat pengiktirafan antarabangsa dan memenuhi ekspektasi rakyat.

5. Keutuhan Ekonomi

Keutuhan ekonomi bermaksud negara mempunyai ekonomi yang mampan serta berdaya tahan terhadap ancaman-ancaman berkaitan ekonomi dari dalam dan luar negara.

6. Keadilan Sosial

Nilai teras ini mestilah dipertahankan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira taraf kemajuan sosioekonomi kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

7. Pembangunan Mampan

Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar.

8. Keselamatan Rakyat

Perkembangan idea dan persekitaran keselamatan dunia menyaksikan perubahan daripada pendekatan keselamatan berpaksikan negara (state centric security) kepada
pendekatan keselamatan berpaksikan insan (people centric security).

9. Pengiktirafan Antarabangsa

Sikap pragmatik, berprinsip dan berkecuali Malaysia selama ini, telah menjamin pengiktirafan dan kerjasama ekonomi, politik dan keselamatan yang berterusan dengan kuasa-kuasa besar serantau dan antarabangsa.

Kenyataan Daripada

Berita Semasa

Peluncuran IKK bersama YAB Dato Sri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia

Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) telah diluncurkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 30 Julai 2024 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersempena perasmian Majlis Bulan Keselamatan Negara Tahun 2024.

Townhall IKK 2024

YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KP MKN) pada Jumaat (27 September 2024) telah turut serta dalam Dialog Awam Indeks Keselamatan Negara (IKK) 2023 di Putrajaya.

IKK diperkenalkan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membangunkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK), yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.

IKK kenalpasti kekuatan dan kelemahan keselamatan kebangsaan

IKK adalah satu ukuran yang bertujuan untuk menilai tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia dan projek ini sedang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Indeks ini akan menjadi penanda aras kepada keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.

IKK diiktiraf IEP

Keselamatan negara merupakan aspek utama yang diberikan penekanan serius, bukan sahaja di Malaysia, malahan di seantero dunia. Negara kini perlu sentiasa bersiap siaga bukan sahaja daripada ancaman tradisional seperti peperangan dan pemberontakan; malahan juga ancaman bukan tradisional seperti penyakit berjangkit atau wabak, banjir, perubahan iklim, ancaman siber dan lain-lain.

MKN kenal pasti 66 ancaman baharu keselamatan negara

Isu pencerobohan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pelarian, keselamatan siber serta perpaduan rakyat Malaysia antara 66 cabaran dan ancaman baharu kepada keselamatan negara.

Kalendar IKK

No events Found. Please add Some events to your calendar.